Wednesday, June 22, 2011

Sekapur Sireh


Saya, Mohd Muzamel Zainal, selaku Pengerusi Kelab UMNO Saint Petersburg bagi sesi 2011/12 ingin memanjatkan syukur kepada tuhan dalam memberi peluang untuk sama-sama dalam penubuhan Kelab UMNO  Saint Petersburg ini.

Akhirnya setelah hampir 4 tahun, penubuhan Kelab UMNO di Saint Peterburg menjadi satu realiti yang pada awalnya idea untuk menubuhkan kelab ini tidak dapat dicapai oleh beberapa sebab seperti bilangan pelajar yang terlalu kecil. Namun pada pertengahan tahun 2011 ini, bilangan pelajar di Saint Petersburg Russia sudah bertambah dan kelab ini dapat ditubuhkan

Seperti yang kita semua sedia maklum, kelab UMNO ini sudah banyak ditubuhkan di tempat-tempat lain diserata pelusuk dunia. Dengan tertubuhnya kelab ini di Saint Petersburg, ini merupakan satu peluang bagi kami untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti seperti yang telah dilakukan oleh kelab-kelab UMNO yang lain.

Dalam merealisasikan kejayaan kelab ini, kami sudah membuat beberapa perancangan terdekat  yang masih lagi dalam proses perbincangan sesama ahli tertinggi.  Walaupun Kelab UMNO Saint Petersburg ini masih lagi asing di mata dunia, tapi saya yakin bahawa kami mampu menaikkan nama UMNO dbahagian Saint Petersburg

Akhir kata, dengan izin Allah , saya berharap permulaan bagi kami merupakan satu  permulaan yang boleh dibanggakan dan saya juga berharap agar perpaduan antara kami akan sentiasa kekal erat dengan melalui aktiviti-aktiviti yang akan diadakan .

Sekian, Wassalam.

Mohd Muzamel Zainal

Pengerusi
Kelab UMNO Saint Petersburg, Russia