Tuesday, September 27, 2011

Perasmian Kelab UMNO St. Petersburg ( KUSP )

Assalamualaikum.

   Sukacita dimaklumkan bahawa pada tanggal 25 September 2011, bertempat di restoran Baku, Saint Petersburg, Rusia, telah berlansungnya majlis perasmian Kelab UMNO Saint Petersburg buat julung kalinya. Majlis telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Pengerusi Biro Pengerusi Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab UMNO Luar Negara, YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.

   Tentatif dimulakan dengan menyambut ketibaan para tetamu dari lapangan terbang Pulkovo 1, Saint Petersburg pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan. Setibanya mereka di sana, mereka disambut oleh Presiden dan Timbalan Presiden KUSP sendiri iaitu saudara Mohd. Muzamel Zainal Abidin dan Syazwan Shahruddin. Antara senarai para tetamu yang hadir adalah seperti yang berikut:
  1. Dato' Ahmad Shabery Cheek
  2. Datuk AB Rauf bin Yusoh
  3. Datuk Dr. Abd. Shariff Hamid
  4. Datuk Seri Elies Anor Bin Abdul
  5. Pn. Wasitah Binti Haji Mohd Yusof
  6. Dr. Wan Mazlan Bin Mohamed Woojdy
  7. En. Hisham Abdul Hamid 
  8. Cik Afiah Hafiz
  9. Cik Norhafizah Binti Mohd Sati
  10. En. Mohd Nasri Bin Zakariah
  11. En. Azimi Mustapha
  12. En. Fadhrul Azmar
  13. Cik Herryanie
  14. En. Mohd Yazid Leman
  15. Saudara Muhammad Akmal Saleh
  16. Saudari Winda Zulaiha Shahabudin
  17. Saudari Nafisa Nadia
Para rombongan seterusnya dibawa terus ke hotel Renaissance yang terletak di pusat bandar Saint Petersburg iaitu Nevskiy Prospect.

   Namun, terdapat sedikit kesilapan teknikal yang berlaku pada hari tersebut. Bas yang sepatutnya hadir untuk menjemput para pelajar dari asrama ke restoran tidak dapat hadir pada minit-minit terakhir menyebabkan aturcara majlis tergendala selama lebih kurang setengah jam. Kira-kira pada pukul 1.30 petang, para pelajar tiba dengan menaiki khidmat kereta api bawah tanah ( metro ). Yang istimewanya, kebanyakkan pelajar mengenakan baju melayu kerana majlis ini bukan sahaja sempena perasmian KUSP, tetapi disertakan dengan sambutan raya aidilfitri 1432H dengan bulan syawal yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

   Aturcara perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar Tuah Mohd Alwafi dan upacara makan tengah hari. Para tetamu dihidangkan oleh masakan ala-Alzerbaijan. Sesi dialog mesra bersama pelajar dan Dato' Shabery Cheek dilakukan semasa sesi makan tengah hari. Selepas habis upacara makan tengah hari, Presiden KUSP, Mohd Muzamel Zainal Abidin memberi ucapan dan mengalu-alukan kedatangan para tetamu ke Saint Petersburg.

   Ucapan Dato' Shabery Cheek berlansung selepas Presiden KUSP selesai berucap. Lansung habis memberikan ucapan, dengan lafaz Bismillah, YB. Dato' Shabery Cheek merasmikan Kelab UMNO Saint-Petersburg sambil disaksikan oleh para pelajar, media dan yang lain-lain. Selesai upacara perasmian, bermula pula upacara bergambar bersama menteri. Semua pelajar bersama menteri melaungkan perkataan "Merdeka" dan "1 Malaysia" sambil dirakam oleh krew media TV3.

   Selesai upacara perasmian, para tetamu pulang ke hotel penginapan dan para pelajar juga pulang ke asrama masing-masing. Sekalung terima kasih diberikan kepada YB. Dato' Seri Shabery Cheek kerana sudi datang sehingga ke bumi Rusia bagi menjayakan majlis perasmian KUSP ini. Di sini saya ada menyelitkan serba sedikit gambar-gambar berserta video semasa majlis perasmian dan hari raya tersebut:


















                               Ucapan YB. Dato' Shabery Cheek dan Presiden KUSP






Saya ingin mengakhiri pengisian ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku selama para tetamu berada di Saint Petersburg.

"Terima kasih daun keladi,
  kalau sudi datang lagi."

Sekian,

Syazwan Shahruddin,
Timbalan Presiden,
Kelab UMNO Saint Petersburg, Rusia sesi 11/13