Saturday, April 21, 2012

Pertandingan Futsal dan Netball Intervasity of Engineering



Assalamualaikum
Pada 3-4 Mac 2012 yang lalu telah diadakan Pertandingan Futsal dan Netball Intervasity of Engineering di St Petersburg anjuran Kelab UMNO St Petersburg (KUSP).

Di dalam pertandingan ini,kami telah menjemput rakan-rakan kami dari Moscow Aviation Institute (MAI) bagi mengambil bahagian dalam acara netball dan futsal,sekaligus memeriahkan lagi pertandingan yang julung kali diadakan ini.

Pertandingan dimulakan pada 3 Mac pada jam 7-9pm . Pertandingan dimulakan perlawanan futsal lelaki.Semua pasukan hadir dan tiba dengan cepat.Setiap perlawanan futsal dilangsungkan selama 10 minit.Seramai 6 pasukan mengambil bahagian , termasuklah pasukan dari MAI.Beginilah kedudukan pasukan selepas tamat perlawanan pada 3 Mac.


Pada malam itu ,selepas tamat perlawanan futsal,semua peserta telah bekumpul di asrama Korpus 1 bagi menikmati hidangan makanan yang disediakan.Walaupun keadaan agak sesak buat seketika , namun makanan yang disediakan mencukupi dan menyelerakan buat semua peserta yang jelas nampak keletihan.

Pertandingan  bersambung pada hari kedua , 4 Mac pagi dimana dimulakan dengan pertandingan netball perempuan. Dalam pertandingan ini hanya ada 2 pasukan saja iaitu wakil dari SMTU dan MAI.Walaupun jumlah bilangan peserta yang sedikit,namun mereka bermain dengan gembira dan bersemangat sekali.Selepas hampir 1jam setengah bermain,akhirnya team SMTU telah dinobatkan sebagai johan.   

Pasukan Netball MAI dan SMTU

Selepas tamat perlawanan netball,maka bersambung pula perlawanan futsal yang tertangguh semalamnya akibat kesuntukan masa.Nampaknya selepas tidur malam yang lena,semua orang kembali bermain dengan penuh bersemangat.Dan jelas,segala keputusan perlawanan pada hari itu luar dari dugaan.Kebanyakan pasukan yang on-form pada malam tadi,tewas kepada lawan masing-masing.

Pasukan MAI dan GG

Pertandingan futsal ini dijalankan secara round-robin.Pasukan yang lyak automatik ke perlawanan akhir adalah team Lemah.Team MAI dan team GG terpaksa berentap bagi memenuhi satu lagi slot ke final.
Pada perlawanan akhir,team Lemah dan team MAI berentap di final.Pada perlawanan akhir banyak dicemari dengan insiden tidak puas hati dengan keputusan pengadil.Namun begitu selepas pertarungan yang sengit,akhirnya team MAI dinobatkan sebagai johan.
Penyampaian hadiah telah disampaikan sejurus selepas tamat perlawanan.
Matlamat utama iaitu merapatkan silaturrahim antara para peserta,samada pelajar-pelajar SMTU mahupun bersama-sama pelajar MAI telah tercapai.Diharap pentandingan yang julung kalinya diadakan ini bakal menjadi satu pertandingan yang diadakan setiap tahun oleh KUSP selepas ini.
Sekian,terima kasih

Disediakan oleh,
Nasrul Azhim bin Norul Huda
Naib Presiden Kelab UMNO St Petersburg sesi 11/13






 Team Shoot Aje

 Team C

 Team Baek


 Team MAI


SMTU vs MAI






Monday, November 7, 2011

Sambutan Hari Raya Aidiladha 1432H

 Assalammualaikum..

  Tanggal 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H, umat Islam di seluruh antero dunia telah menyambut satu perayaan yang amat besar iaitu Hari Raya Aidiladha. Oleh yang demikian, para pelajar di Saint petersburg, Rusia turut tidak ketinggalan dalam menyambut salah satu perayaan terbesar umat Islam ini.

   Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan terbesar di dalam kalendar Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Hari Raya Aidiladha ataupun Raya Korban merupakan perayaan yang istimewa sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dalam menuruti perintah Allah S.W.T supaya baginda mengorbankan anak baginda sendiri iaitu Nabi Ismail A.S. Namun dengan kekuasaan Allah S.W.T., ketika Nabi Ibrahim mahu menyembelih Nabi Ismail, Allah telah menggantikannya dengan Kibas. Semenjak dari peristiwa itu, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut Hari Raya Korban sempena dengan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S dalam menuruti perintah Allah.

  Berbalik pada sambutan Raya Korban pelajar St. Petersburg. Upacara dimulakan dengan kehadiran para pelajar pada pukul 7 malam waktu tempatan dan pada pukul 7.30 malam takbir dimulakan sehingga ke 8 malam. Namun upacara kali ini diambil alih oleh klub Malaysian Engineering Students of Saint Petersburg (MESSP). www.messp.org yang dipengerusikan oleh saudara Syed Ahmad Fathi. Selain itu, majlis ini turut disertai oleh seorang pelajar perubatan dari Malaysia, saudara Iskandar Zainul Abidin, dan seorang lagi pelajar perubatan berwarganegara Thailand dan beragama Islam, saudara Abdulfatah Hamat.

  Selesai bertakbir, sedikit tazkirah telah disampaikan oleh saudara Ammar Al-Faiz berkenaan sejarah Hari Raya Korban.  Setelah itu, bermulalah majlis jamuan Hari Raya Aidiladha. Majlis berakhir dengan jayanya sekitar jam 9.30 malam. 

Seperti kebiasannya, gambar-gambar majlis tersebut turut disertakan bersama entry ini.







Rakaman takbir aidiladha 1432H, St. Petersburg, Rusia

                                 
  Walaupun sambutan ini dikatakan berjaya, masih tidak dapat menandingi sambutan seperti di Malaysia bak, kata pepatah "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri". Namun, ini juga boleh dikatakan sebagai pengorbanan. Oleh itu, marilah kita memanfaatkan pengorbanan ini dengan hati yang ikhlas.

Sekian, terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha!

Syazwan Bin Shahruddin,
Timbalan Pengerusi KUSP,
Rusia

Saturday, October 22, 2011

Laporan Bowling Anjuran Kelab UMNO St Petersburg

Assalamualaikum


Pada 22 Oktober 2011 yang lalu,telah berlangsung acara bowling yang dianjurkan oleh Kelab UMNO St Petersburg.Acara bowling ini telah diadakan di Континет . Acara bowling ini merupakan acara sukan yang pertama yang dianjuran oleh Kelab UMNO St Petersburg sejak ia mula beroperasi secara rasminya pada
 25 September 2011. Seramai 34 orang pelajar telah mengambil bahagian.

Acara bowling ini bermula pada jam 11pagi dengan ketibaan para peserta.Sebanyak 9 lanes telah ditempah, dengan 2 jam masa bermain dari pukul 11 hingga 1 tengahari.Permainan bowling telah dimulakan dengan segera,dimulakan dengan memilih saiz kasut masing-masing di kaunter.Seterusnya para peserta telah pergi ke lane masing-masing sambil telah diberikan taklimat mengenai peraturan permainan bowling di situ.Dalam masa yang sama,setiap peserta telah diedarkan button kelab I-Volunteer bagi menunjukkan sokongan para peserta terhadap tersebut.

Permainan dimulakan.Para peserta bermain dengan bersungguh-sungguh di lane masing-masing.Ada yang serius bermain,ada yang bermain dengan gelak tawa,dan ada juga yang bermain dengan penuh skill.Dalam tempoh 2 jam itu,peserta dapat menghabiskan hampir 6 frame bowling.

Sesuadah permainan bowling tamat,pada jam 1 tengahari,para peserta telah menyertai sesi bergambar bersama-sama.Para peserta bersurai selepas selesai sesi bergambar.

Acara bowling ini merupakan acara pertama yang dianjurkan dibawah kelolaan Kelab UMNO St Petersburg.Tujuan utama acara ini diadakan ialah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar Malaysia di St Petersburg,disamping mengalakkan aktiviti bersukan dikalangan para pelajar.

Sekian,terima kasih





Girls

Tetamu comel yang diundang

Saya mengaku harini saya bayar lebih

Strike ke?

Friendship means everything

Fokus

I'm the flying Kenyan





Having a great time







Disediakan oleh,
Nasrul Azhim bin Norul Huda
Naib Presiden Kelab UMNO St Petersburg sesi 11/13

Tuesday, September 27, 2011

Perasmian Kelab UMNO St. Petersburg ( KUSP )

Assalamualaikum.

   Sukacita dimaklumkan bahawa pada tanggal 25 September 2011, bertempat di restoran Baku, Saint Petersburg, Rusia, telah berlansungnya majlis perasmian Kelab UMNO Saint Petersburg buat julung kalinya. Majlis telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Pengerusi Biro Pengerusi Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab UMNO Luar Negara, YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.

   Tentatif dimulakan dengan menyambut ketibaan para tetamu dari lapangan terbang Pulkovo 1, Saint Petersburg pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan. Setibanya mereka di sana, mereka disambut oleh Presiden dan Timbalan Presiden KUSP sendiri iaitu saudara Mohd. Muzamel Zainal Abidin dan Syazwan Shahruddin. Antara senarai para tetamu yang hadir adalah seperti yang berikut:
  1. Dato' Ahmad Shabery Cheek
  2. Datuk AB Rauf bin Yusoh
  3. Datuk Dr. Abd. Shariff Hamid
  4. Datuk Seri Elies Anor Bin Abdul
  5. Pn. Wasitah Binti Haji Mohd Yusof
  6. Dr. Wan Mazlan Bin Mohamed Woojdy
  7. En. Hisham Abdul Hamid 
  8. Cik Afiah Hafiz
  9. Cik Norhafizah Binti Mohd Sati
  10. En. Mohd Nasri Bin Zakariah
  11. En. Azimi Mustapha
  12. En. Fadhrul Azmar
  13. Cik Herryanie
  14. En. Mohd Yazid Leman
  15. Saudara Muhammad Akmal Saleh
  16. Saudari Winda Zulaiha Shahabudin
  17. Saudari Nafisa Nadia
Para rombongan seterusnya dibawa terus ke hotel Renaissance yang terletak di pusat bandar Saint Petersburg iaitu Nevskiy Prospect.

   Namun, terdapat sedikit kesilapan teknikal yang berlaku pada hari tersebut. Bas yang sepatutnya hadir untuk menjemput para pelajar dari asrama ke restoran tidak dapat hadir pada minit-minit terakhir menyebabkan aturcara majlis tergendala selama lebih kurang setengah jam. Kira-kira pada pukul 1.30 petang, para pelajar tiba dengan menaiki khidmat kereta api bawah tanah ( metro ). Yang istimewanya, kebanyakkan pelajar mengenakan baju melayu kerana majlis ini bukan sahaja sempena perasmian KUSP, tetapi disertakan dengan sambutan raya aidilfitri 1432H dengan bulan syawal yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

   Aturcara perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar Tuah Mohd Alwafi dan upacara makan tengah hari. Para tetamu dihidangkan oleh masakan ala-Alzerbaijan. Sesi dialog mesra bersama pelajar dan Dato' Shabery Cheek dilakukan semasa sesi makan tengah hari. Selepas habis upacara makan tengah hari, Presiden KUSP, Mohd Muzamel Zainal Abidin memberi ucapan dan mengalu-alukan kedatangan para tetamu ke Saint Petersburg.

   Ucapan Dato' Shabery Cheek berlansung selepas Presiden KUSP selesai berucap. Lansung habis memberikan ucapan, dengan lafaz Bismillah, YB. Dato' Shabery Cheek merasmikan Kelab UMNO Saint-Petersburg sambil disaksikan oleh para pelajar, media dan yang lain-lain. Selesai upacara perasmian, bermula pula upacara bergambar bersama menteri. Semua pelajar bersama menteri melaungkan perkataan "Merdeka" dan "1 Malaysia" sambil dirakam oleh krew media TV3.

   Selesai upacara perasmian, para tetamu pulang ke hotel penginapan dan para pelajar juga pulang ke asrama masing-masing. Sekalung terima kasih diberikan kepada YB. Dato' Seri Shabery Cheek kerana sudi datang sehingga ke bumi Rusia bagi menjayakan majlis perasmian KUSP ini. Di sini saya ada menyelitkan serba sedikit gambar-gambar berserta video semasa majlis perasmian dan hari raya tersebut:


















                               Ucapan YB. Dato' Shabery Cheek dan Presiden KUSP






Saya ingin mengakhiri pengisian ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku selama para tetamu berada di Saint Petersburg.

"Terima kasih daun keladi,
  kalau sudi datang lagi."

Sekian,

Syazwan Shahruddin,
Timbalan Presiden,
Kelab UMNO Saint Petersburg, Rusia sesi 11/13


Monday, August 29, 2011

Syawal

Alhamdulillah setelah sebulan berhadapan dengan pelbagai dugaan di bulan Ramadhan, kita akhirnya sampai ke penghujung. Tibalah bulan Syawal yang lazimnya kita sambut dengan meriah, menjadi simbolik meraikan kejayaan kita yang selesai menunaikan ibadah puasa.

Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang kita nanti-nantikan setiap tahun. Bagi yang beragama Islam, ia adalah satu nikmat atas segala penat lelah menahan nafsu makan dan minum selama sebulan. Tanpa mengira usia, tua ataupun muda semuanya sama-sama bergembira menyambut kedatangan Syawal dengan meriah.

Dalam kita menyambut Syawal yang kian menjelang, adalah wajar untuk kita sentiasa meletakkan keselamatan dan nilai berhemah dalam berbelanja sebagai keutamaan kita. Berhati-hatilah dalam menyambut lebaran dan rancanglah perbelanjaan dengan bijak

Dengan itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Mohd Muzamel Zainal,
Pengerusi,
Kelab UMNO Saint Petersburg, Russia sesi 11/13